Imagens
ContribuirAvaliações
Avaliação da contribuiçãoJOM SHELL A BRATE! Nak shell a brate dekat mana malam ni? Moh la shell a brate di SHELL A BRATION di Bercham, Ipoh. Siapa sangka hype shellout masih boleh bertahan sehingga sekarang. Ingat lagi tak hype Coffee King dan segala kopi jalanan? Tapi shellout is here to stay. Seperti sedia maklum kedai Shellout yang asal hanya ada di Kuala Lumpur dan jenama 'Shell Out ' pun telah dipatenkan (patented). Tapi takkan la orang Ipoh nak pergi ke KL semata mata nak ber Shell Out. Harga nya bukan murah. Saya sendiri belum pernah cuba lagi makan di Shell Out memandangkan saya seorang yang agak kedekut (kalau ada orang nak belanjakan boleh la). Signature dish di SHELL A BRATION sudah tentu masakan makanan laut nya. Anda ada dua pilihan, samada masak cili ataupun masak lemak. Dalam campuran masakan ini ada: 1. Seekor ketam (belah dua) 2. Udang yang banyak 3. Lala 4. Kupang 5. Sotong 6. Scallop Campuran sayur (broccoli, cauliflower dan jagung) yang di stim dimasukkan kemudian sebelum digaul bersama. Setiap hidangan ditambah dengan dua mangkuk nasi. Tabur sahaja atas meja dan terus makan. Kalau geli geli nak kotorkan tangan dan nak makan pakai sudu dan garfu, hidangan ini BUKAN untuk anda. Hidangan ni untuk mereka yang betul betul nak makan. Eh, tapi kenapa kecil sahaja ketam tu? Dah bayar pun tak berapa, takkan nak King Crab. Jika di Kuala Lumpur, harga satu set hidangan seperti ini mesti tak kurang RM 50. Tapi di SHELL A BRATION, satu set (dengan 2 mangkuk nasi) hanya RM 35. Memang berbaloi. Tambah dengan air, baru RM 41. Masakan nya memang sedap. Cukup pedasnya, cukup masinnya. Tiada rasa perasa tambahan yang berlebih (excessive). Saiz hidangan pun besar. Memang kenyang kalau makan berdua. Apa lagi, moh la go for a SHELL A BRATION. Alamat: 19, Lebuh Bercham Selatan 1, Taman Ipoh Timur Baru, Ipoh Lebih baik search di Waze sahaja. Jalan dia pelik sikit. Lalu ikut Kinta City. Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris Dr Makan
First hour cuba memang best timeak butghampakan...